twitter
rss

    Setiap kali masuk musim perayaan para pengguna sering mengeluh kerana kebanyakan harga bagi barang keperluan meningkat. Bagi mengatasi masalah berikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menwujudkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Musim perayaan yang terlibat dalam Skim ini seperti :


Hari Raya Aidilfitri
Tahun Baru Cina
Deepavali
Hari Krismas
Hari Gawai
Hari Kaamatan

Beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Di bawah ini contoh harga barang kawalan pada musim Tahun Baru Cina baru-baru ini

Harga barangan terkawal Tahun Baru Cina 2014

0 comments:

Post a Comment