twitter
rss





Kebanyakan para pelajar tidak didedahkan apa kepentingan mempelajari subjek Matematik Tambahan di sekolah, maka mereka sentiasa beranggapan Matematik Tambahan tidak penting untuk dipelajari malah subjek tersebut dianggap sukar untuk dipelajari. Bagi pelajar yang mengambil subjek Matematik Tambahan mereka akan mempunyai peluang untuk menceburi dalam bidang sains, kejuruteraan, perakaunan dan teknologi, Sebagai contoh pelajar yang ingin menjadi seorang akautan, pelajar tersebut perlu ada Matematik Tambahan untuk mereka menyambung pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang perakaunan.

    Setiap kali masuk musim perayaan para pengguna sering mengeluh kerana kebanyakan harga bagi barang keperluan meningkat. Bagi mengatasi masalah berikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah menwujudkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan yang telah dilaksanakan pada tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Musim perayaan yang terlibat dalam Skim ini seperti :


Hari Raya Aidilfitri
Tahun Baru Cina
Deepavali
Hari Krismas
Hari Gawai
Hari Kaamatan

Beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Di bawah ini contoh harga barang kawalan pada musim Tahun Baru Cina baru-baru ini

Harga barangan terkawal Tahun Baru Cina 2014

    Anda ingin bercuti ke luar negara? Jangan risau link di bawah ini dapat membantu anda untuk mengetahui nilai semasa mata wang asing yang sentiasa dikemaskini.


http://ms.coinmill.com/

GEORGE SOROS

    Apabila teringat krisis mata wang asia yang berlaku pada tahun 1997 secara tidak langsung nama George Soros akan dikaitkan. Siapakah George Soros? George Soros merupakan spekulator mata wang. Namun Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir mengelarkan George Soros sebagai penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan sedang membangun khusuunya negara-negara ASEAN.

    Krisis mata wang ini bermula di Thailand, Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar AS.kullakattachi.

    Hal ini meyebabkan Malaysia turut terkena tempias. Pada 1997, Malaysia memiliki defisit akaun mata wang melebihi 5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos 1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu kemudian, agensi rating tersebut menurunkan ratingMaybank, bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856 mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah memperkenalkan kawalan "modal".Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 % dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 % pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada krisis ini dengan menolak bantuan IMF.

Akaun


     Apabila sebut Prinsip Perkaunan, kebanyakan pelajar terus terfikir bahawa mereka hanya layak menjadi akauntan sahaja. Sebenarnya bidang perakaunan mempunyai banyak cabang dalam pemilihan pekerjaan. Apabila anda telah memegang segulung ijazah dalam bidang perakaunan anda boleh menceburi dalam bidang pengauditan, pengurusan dasar, sistem maklumat dan cukai.
Antara kerjaya yang terdapat dalam bidang perakaunan
Apabila sebut Prinsip Perkaunan, kebanyakan pelajar terus terfikir bahawa mereka hanya layak menjadi akauntan sahaja. Sebenarnya bidang perakaunan mempunyai banyak cabang dalam pemilihan pekerjaan. Apabila anda telah memegang segulung ijazah dalam bidang perakaunan anda boleh menceburi dalam bidang pengauditan, pengurusan dasar, sistem maklumat dan cukai.
Antara kerjaya yang terdapat dalam bidang perakaunan
  • Akauntan (Sudah semestinya)
  • Juruaudit
  • Bendahari
  • Setiausaha Syarikat
  • Juru Perunding
  • Penolong Akauntan
  • Kerani Akaun
  • Guru/ Pensyarah Prinsip Perakaunan
Kursus Perakaunan peringkat Ijazah atau Diploma ada terdapat di Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti :

  1. Universiti Malaya
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Teknologi MARA
  4. Universiti Sains Malaysia
  5. Universiti Putra Malaysia
  6. Universiti Malaysia Sarawak
  7. Universiti Malaysia Sabah
  8. Universiti Islam Antarabangsa
  9. Universiti Pendidikan Sultan Idris

SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN 2014





     Rasanya masih belum terlewat untuk kami panitia PEACEMAT untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL. Biar hari berganti bulan, bulan berganti tahun, tahun berganti harapan. Biar harapan lalu menjadi kenangan, biar harapan baru menjadi impian. Selamat tinggal kenangan selamat datang harapan. Semoga tahun ni kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru yang akan lebih baik dari hari kemarin untuk pastikan menjadi kenangan terindah pada tahun hadapan.



Peperiksaan Akhir Tahun sudah tiba..Apalagi jangan buang masa!!! Semoga Berjaya

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
TINGKATAN 4


(EKONOMI ASAS, PRINSIP AKAUN, MATEMATIK TAMBAHAN)

TARIKH/HARI
SUBJEK
KELAS
MASA
WAKTU
SELASA
( 8/10/2013 )
MATEMATIK TAMBAHAN 1
4OLIMPIK  4KOMANWEL

2 Jam
12.40
-
2.40

JUMAAT
( 18/10/2013 )
PRINSIP AKAUN 2
4KOMANWEL
2 Jam 30 minit
9.30
-
12.00
EKONOMI ASAS 2
4 ASEAN
2 Jam
10.00
-
12.00


RABU
( 23/10/2013 )
MATEMATIK TAMBAHAN 2
4KOMANWEL



1 Jam 15 minit

12.20
-
1.30

PRINSIP AKAUN 1
4KOMANWEL

EKONOMI ASAS 1
4 ASEAN